Pages

Program dan Aktiviti Tahun 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Tarikh : Hari Jumaat, 26 Februari 2010
Masa : 0700 pagi
Tempat : Berkumpul di Padang Bola Tampar Blok 26

*semua penduduk Blok 26 dijemput hadir
Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Pada 26hb Februari 2010, Kawasan Rukun Tetangga Blok 26 Green Valley Park Bandar Tasik Puteri Rawang, telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul untuk memperinganti Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.





Majlis ini telah diadakan di kawasan Gerai Blok 26. Sambutan bermula pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi.

Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Blok 26 Green Valley Park dan Ahli Jawatankuasa KRT Blok 26 Green Valley Park sedang menyiapkan bungkusan makanan untuk diberikan kepada penduduk yang hadir.





Aturcara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis En. Mohamad Nooh Bin Maskon dan selepas itu bacaan doa oleh Ustaz Rahimi Bin Mohd Hasri.







Perarakan dijadualkan bermula pada pukul 8.30 pagi terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat.


Penduduk yang hadir telah diberi bungkusan makanan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Majlis KRT Blok 26 Green Valley Park, sementara menunggu hujan reda untuk memulakan perarakan.

Juadah yang telah disediakan berupa nasi lemak dan air mineral. Penduduk juga telah diberikan bunga telur selepas selesai perarakan.



Ustaz Rahimi Bin Mohd Hasri yang mengetuai perarakan Sambutan Majlis Maulidur Rasul bersama-sama Penduduk Blok 26 sedang membaca selawat keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.







Perarakan mengelilingi Blok 26 bermula pada pukul 9.00 pagi yang dihadiri lebih 100 orang penduduk telah berarak walaupun dalam keadaan hujan renyai.

Perarakan ini telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat.


Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Blok 26 Green Valley Park, merakamkan ribuan terima kasih yang tak terhingga diatas segala kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak bagi menjayakan majlis ini.

Aduan dari Penduduk
1) Jerigi Besi Jalan yang hilang - (No.rujukan 0023/02/10) tindakan MPS Jabatan Kejuteraan
2) Bonggol Jalan - tindakan pemohon KRT Blok 26
3) SRS - lulus
4) Penghuni di Jalan Hijau 1/11 dan 1/12 menghadapi masalah banjir bila hujan turun dengan lebat - tindakan pemohon KRT Blok 26