Majlis Perasmian KRT Blok 26 dan Mesra Bersama Penduduk Blok 26 - Sabtu, 15 Ogos 2009

Majlis Perasmian Kawasan Rukun Tetangga Blok 26 dan Majlis Mesra Bersama Penduduk Blok 26 telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Ogos 2009 di Padang Bola Tampar Blok 26.
Majlis ini dianjurkan oleh KRT Blok 26 Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri Rawang dengan dikelolakan oleh Ahli Jawatankuasa KRT Blok 26 dan Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Blok 26. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam.
Aturcara dan Persembahan
Penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah oleh Pn. Rahayu Binti Abdul Wahab Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Gombak serta Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada Mentor Persembahan Tunas Jiran Muda oleh En. Taharuddin Bin Said Pengerusi KRT Blok 26.
Tujuan Majlis Perasmian
Penyampaian Surat Perlantikan dan Kad Kenal Diri kepada wakil AJK oleh En. Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.
Aktiviti Moreh dalam bulan Ramadan - 29 Ogos, 5 Sept & 12 Sept 2009
Aktiviti bermula pada pukul 09.00 pagi dengan menyiapkan bahan-bahan masakan bubuh.
Pada waktu petangnya pula, penghantaran bubuh dari rumah ke rumah untuk penduduk blok 26 oleh Jawatankuasa Jiran Wanita dan Ahli Jawatankuasa RT sebelum masuk waktu berbuka puasa.
Bakar Lemang - Ahad, 20 September 2009
Majlis Sambutan Hari Raya dan Deepavali - Sabtu, 24 Oktober 2009

Ucapan En. Taharuddin Bin Said Pengerusi KRT Blok 26 di dalam majlis
Yasin dan Tajwid - Sabtu, 31 Oktober 2009
Pengurusan Jenazah - Selasa, 17 November 2009
Masakan Perdana - Rabu, 16 Disember 2009
Sambutan Awal Muharram - Sabtu, 19 Disember 2009