Pages

Aktiviti Tahun 2009

Israk & Mikraj - Jumaat, 17 Julai 2009

Majlis Perasmian KRT Blok 26 dan Mesra Bersama Penduduk Blok 26 - Sabtu, 15 Ogos 2009


Majlis Perasmian Kawasan Rukun Tetangga Blok 26 dan Majlis Mesra Bersama Penduduk Blok 26 telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Ogos 2009 di Padang Bola Tampar Blok 26.

Majlis ini dianjurkan oleh KRT Blok 26 Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri Rawang dengan dikelolakan oleh Ahli Jawatankuasa KRT Blok 26 dan Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Blok 26. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam.

Aturcara dan Persembahan

Perasmian diserikan lagi dengan Persembahan oleh Tunas Jiran Muda dari Kumpulan Nashid Raudatul Jannah, Nashid Al-Jawaheer, Dikir Indang, Keybord oleh adik Aida Bt Hazman, Boria, Tarian India, Inggeris Musikal dan Nashid Ar-Ruhul Jadid.















Penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah oleh Pn. Rahayu Binti Abdul Wahab Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Gombak serta Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada Mentor Persembahan Tunas Jiran Muda oleh En. Taharuddin Bin Said Pengerusi KRT Blok 26.

Tujuan Majlis Perasmian
Mendapat pengiktirafan dan memaklumkan kepada penduduk setempat bahawa Blok 26 telah mendapat kelulusan sebagai Kawasan Rukun Tetangga. Disamping itu juga, penduduk dapat mengenali Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga yang telah dilantik dengan lebih dekat lagi dan bertujuan mengeratkan lagi silatulrahim diantara Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dengan penduduk.



Penyampaian Surat Perlantikan dan Kad Kenal Diri kepada wakil AJK oleh En. Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.





Aktiviti Moreh dalam bulan Ramadan - 29 Ogos, 5 Sept & 12 Sept 2009


Aktiviti bermula pada pukul 09.00 pagi dengan menyiapkan bahan-bahan masakan bubuh.
Pada waktu petangnya pula, penghantaran bubuh dari rumah ke rumah untuk penduduk blok 26 oleh Jawatankuasa Jiran Wanita dan Ahli Jawatankuasa RT sebelum masuk waktu berbuka puasa.






Bakar Lemang - Ahad, 20 September 2009


Majlis Sambutan Hari Raya dan Deepavali - Sabtu, 24 Oktober 2009

Majlis ini telah diadakan pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009 di Padang Bola Tampar Blok 26 dengan dikelolakan oleh Ahli Jawatankuasa KRT Blok 26 dan Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Blok 26. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada 10.30 malam.

Ucapan En. Taharuddin Bin Said Pengerusi KRT Blok 26 di dalam majlis



Majlis bertujuan mengeratkan lagi perpaduan diantara kaum, menjalinkan semangat muhibbah, memperkukuh perpaduan melalui majlis yang diadakan dan mengekalkan perpaduan iaitu matlamat satu bangsa, satu negara (1 Malaysia)












Yasin dan Tajwid - Sabtu, 31 Oktober 2009

Pengurusan Jenazah - Selasa, 17 November 2009

Masakan Perdana - Rabu, 16 Disember 2009

Sambutan Awal Muharram - Sabtu, 19 Disember 2009