Pages

Kepada
Penduduk Blok 26 Green Valley Park
Bandar Tasik Puteri
Rawang, Selangor


Tuan/Puan,

PERKARA : MESYUARAT PERLANTIKAN AJK KRT BLOK 26 GREEN VALLEY PARK, BTP

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas, menjemput Tuan/Puan pada :

Tarikh : Hari Ahad, 14 November 2010
Masa : 8.30 malam
Tempat : Kawasan Gerai Blok 26 Green Valley Park

Ahli Jawatankuasa KRT Blok 26 Green Valley Park mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran dan kerjasama yang Tuan/Puan berikan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
dari KAMI AJK KRT BLOK 26 GVP

Program dan Aktiviti Terkini
(sila rujuk pada Aktiviti Kalendar)

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM BANDAR TASIK PUTERI DAN GREEN VALLEY PARK

Majlis Makan Malam Amal Bersama Anak Yatim Green Valley Park & Bandar Tasik Puteri (Kad Jemputan untuk Penduduk)
anjuran KRT Blok 26 dengan kerjasama Penduduk

Gotong-Royong di Majlis Perkahwinan Rumah Pak Din
pada : 13 Jun 2010, No. 29, Jln Hijau 1/5.
Semua Ajk, Jawatankuasa SRS dan Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Blok 26 dijemput hadir.

Gotong Royong Perdana
Tarikh : Hari Ahad, 30 Mei 2010
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Berkumpul di Padang Bola Tampar Blok 26
semua penduduk Blok 26 dijemput hadir

JOM Ramai-ramai KITA Pi Berlajar Buat Biskut Raya TERKINI dari Chef Sherry...
kupon berharga RM 30 boleh diperolehi dari Ketua Lrg AJK KRT Blok 26 GVP dan Jawatankuasa Jiran Wanita.
datang jangan tak datang..





Skim Rondaan Sukarela
Jawatankuasa SRS KRT Blok 26 telahpun menjalankan rondaan di Kawasan Blok 26 pada bulan Mei 2010.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai skim, sila dapatkan Borang Tujuh Kemasukan Sukarelawan Baru SRS dan isikan Borang dengan lengkap bersama dua keping gambar berukuran I.C. Borang boleh didapati dari Ketua atau Setiausaha Skim.

Jadual : sila rujuk di Pusat Kawalan SRS KRT Blok 26 (kedai Kak Zah/Papa Rock)
Waktu : Setiap hari (Isnin - Ahad)
Masa : 1.00 pagi - 5.00 pagi
jadual rondaan bulan Mei 01
jadual rondaan bulan Jun 01

untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ketua SRS En. Hainuar Bin Jamal (012-3036608), Penolong Ketua En. Bahary Bin Abd Hamid (012-6634864) dan Setiausaha En. Mohd Rusdi Bin Hussin (Cik Gu Rusdi) 019-2181499








RUMAH UNTUK DIJUAL

Rumah Teres 1 tingkat untuk dijual di Sungai Petani, Kedah. Keluasan 20 x 75 Berhampiran AIMST, UITM, MRSM, Kawasan perkelahan Tupah, Tanjung Dawai dan Bandar Sungai Petani, Kedah lebih kurang 10Km. Harga RM 1xxK Boleh Runding.

No: 11 Jalan Malinja 1, Taman Malinja 1. Semeling, 08100 Bedong, Kedah. LOKASI

Sila Hubungi: Rizal di 012-5628352 / 013-3223106
Ahli Jawatankuasa tempoh 2010-2011 (Carta Organisasi)

Nama Alamat Jawatan
1. En. Taharuddin Bin Said No. 11, Jalan Hijau 1/2 Pengerusi
2. Pn. Fatimah Bt Md Yatim No. 11, Jalan Hijau 1/11 Timbalan Pengerusi
3. En. Azmi Bin Abd. Rapar No. 39, Jalan Hijau 1/8 Setiausaha
4. En. Abdul Jameel Bin Salam No. 45, Jalan Hijau 1/1 Penolong Setiausaha
5. En. Mohamad Nooh Bin Maskon No. 55, Jalan Hijau 1/11 Bendahari
6. Pn. Shamsiah Bt Syed No. 35, Jalan Hijau 1/1 Ajk
7. Pn. Maimon Bt Zakaria No. 3, Jalan Hijau 1/2 Ajk
8. En. Aidil Adzha Bin Md Zainudin No. 9, Jalan Hijau 1/3 Ajk
9. Pn. Zaiton Bt Satar No. 21, Jalan Hijau 1/3 Ajk
10. Pn. Kamsiah Bt Hassan No. 40, Jalan Hijau 1/4 Ajk
11. Pn. Azizah Bt Hassan No. 32, Jalan Hijau 1/4 Ajk
12. En. Nik Muhamad Nuzul Bin Ismail No. 31, Jalan Hijau 1/5 Ajk
13. En. Mohd Rahimi Bin Mohd Hasri No. 41, Jalan Hijau 1/6 Ajk
14. Pn. Maimunah Bt Suliman No. 31, Jalan Hijau 1/7 Ajk
15. Pn. Sarinah Bt Abdul No. 51, Jalan Hijau 1/8 Ajk
16. En. Hainuar Bin Jamal No. 42, Jalan Hijau 1/8 Ajk
17. En. Muthusamy A/L Peresamy No. 59, Jalan Hijau 1/8 Ajk
18. En. Wan Ghazali Bin Wan Muhamad No. 28, Jalan Hijau 1/9 Ajk
19. Pn. Latifah Bt Mohd Rais No. 59, Jalan Hijau 1/9 Ajk
20. En. Mohd Mahadzir Bin Ruslan No. 61, Jalan Hijau 1/10 Ajk
21. En. Muthu A/L Arumugam No. 26, Jalan Hijau 1/12 Ajk
22. En. Nalatamby A/L Doraisamy No. 52, Jalan Hijau 1/12 Ajk
Jawatankuasa SRS (Carta Organisasi)
Nama Jawatan Alamat No. Tel
En. Hainuar Bin Jamal Ketua 42, Jalan Hijau 1/8 012-3036608
En. Bahary Bin Abd Hamid Timbalan Ketua 45, Jalan Hijau 1/8 012-6634864
En. Mohd Rusdi Bin Hussin Setiausha 57 Jalan Hijau 1/11 019-2181499
En. Basri Pen. Setiausaha (012 257 7408)
En. Abdul Jameel Bin Salam Jawatankuasa 45, Jalan Hijau 1/1 012-3105154
En. Abd Majid Abu Mansor Jawatankuasa 26, Jln Hijau 1/2 012-6491490
En. Aidil Adzha Bin Md Zainudin Jawatankuasa 9, Jalan Hijau 1/3 012-3860292
En. Nur Jamal Bin Muhammad Jawatankuasa 2, Jalan Hijau 1/4
En. Nik Muhamad Nuzul Bin Ismail Jawatankuasa 31, Jalan Hijau 1/5 017-2983960
En. Tajul Azyusri Jawatankuasa 21, Jln Hijau 1/6 019-2718919
En. Basri Bin Ahmad Jawatankuasa Jln Hijau 1/7
En. Kalyana Kumar A/L Nadarajah Jawatankuasa 32, Jalan Hijau 1/8
En. Senthirajan A/L N.Kandasamy Jawatankuasa 47, Jln Hijau 1/9 016-3565915
En. Rizal Jawatankuasa Jln Hijau 1/10
En. Sham Jawatankuasa Jln Hijau 1/11
En. Taib Bin Ahmad Jawatankuasa 12, Jln Hijau 1/12

Objektif utama pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela (SRS)
adalah seperti berikut :

Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial;
Membantu menguatkuasakan undang-undang;
Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda;
Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat; dan
Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.

SRS
S: Apakah itu Skim Rondaan Sukarela (SRS)?
J: Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah suatu rancangan / skim yang dikendalikan oleh pemastautin sukarela yang mendiami Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kejiranan mereka melalui aktiviti kawalan dan rondaan.

S: Apakah syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS)?
J: Syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah seperti berikut :

a) Terdapat permintaan oleh sekurang-kurangnya 20 orang penduduk yang tinggal di dalam Kawasan Rukun Tetangga.
b) Berumur 18 tahun ke atas.
c) Warganegara Malaysia. Bukan warganegara boleh terlibat di dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan syarat hendaklah memiliki dokumen perjalanan yang sah.

S: Bagaimana saya ingin menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan tempat tinggal saya?
J: Skim Rondaan Sukarela (SRS) boleh dipohon oleh sekurang-kurangnya 20 orang pemastautin sukarela berumur 18 tahun ke atas dan mendiami di dalam Kawasan Rukun Tetangga dengan melengkapkan Bahagian A Borang Enam yang boleh diperolehi daripada Pejabat Perpaduan Daerah / Bahagian di seluruh negara.Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga untuk ditandatangani dan Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga seterusnya akan menghantar permohonan kepada Pegawai Perpaduan Daerah / Bahagian untuk semakan sebelum dimajukan kepada Pengarah Perpaduan Negeri untuk sokongan dan akhirnya kelulusan oleh Ketua Pengarah Rukun Tetangga.

S: Berapakah tempoh masa yang diambil untuk sesebuah Skim Rondaan Sukarela (SRS) diluluskan?
J: Jika semua maklumat yang dikemukakan adalah benar, betul dan tepat, maka, kelulusan boleh diperolehi dalam tempoh masa seminggu dari tarikh permohonan sampai di ibu pejabat.

S: Bagaimana cara untuk mengendalikan aktiviti rondaan?
J: Anggota-anggota peronda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pengendalian Skim Rondaan Sukarela kaedah dan prosedur untuk melakukan aktiviti rondaan.

S: Adakah pihak-pihak yang meronda di bawah Skim Rondaan Sukarela (SRS) layak diberi cuti rehat setelah selesai menjalankan tugas rondaan?
J: Anggota perkhidmatan awam yang menjalankan tugas rondaan mulai jam 12.00 malam untuk tempoh sekurang-kurangnya empat (4) jam berturut-turut layak dipertimbangkan pemberian pelepasan bekerja oleh Ketua Jabatan masing-masing. Tempoh pelepasan bekerja adalah bersamaan 4 jam sahaja dan selepas tempoh tersebut, anggota perkhidmatan awam dikehendaki melapor diri bertugas di pejabat masing-masing. Kemudahan pelepasan bekerja belum lagi dipanjangkan kepada sektor swasta dan oleh yang demikian, anggota peronda boleh memohon budi-bicara majikan masing-masing untuk mendapatkan pelepasan bekerja.

S: Adakah peralatan rondaan disediakan kepada peronda-peronda semasa menjalankan tugas rondaan?
J: Peronda-peronda yang bertugas menjalankan tugas rondaan akan dibekalkan dengan baju vest, topi, lampu picit, wisel, baton light, peti pertolongan cemas, rotan dan baju hujan. Peralatan di atas hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Skim.

S: Apakah kuasa yang ada kepada peronda-peronda semasa mereka menjalankan tugas rondaan?
J: Menurut Peraturan 27I [peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga)1975(Pindaan)1988] menjelaskan bahawa anggota peronda semasa menjalankan tugas rondaan di dalam kawasan yang dibenarkan meronda disifatkan sebagai pegawai polis berpangkat konstabel dengan syarat semasa menjalankan tugas rondaan tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah, Jawatankuasa Skim dan Ahli Jawatankuasa Skim.

S: Adakah anggota peronda diberi kuasa melakukan tangkapan?
J: Peronda yang menjalankan tugas rondaan dibenarkan melakukan tangkapan (citizen arrest) sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah iaitu menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh dijamin, yang berlaku pada pandangannya (depan mata) dan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pegawai polis yang hampir sekali atau menghantar orang yang ditangkap ke balai polis yang berhampiran sekali.

S: Apakah bentuk perlindungan yang diberi kepada anggota-anggota peronda jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan atau kecederaan?
J: Semua anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beri perlindungan insuran kemalangan diri berkelompok 24 jam dengan faedah-faedah berikut :

a) Kematian akibat kemalangan = RM 19,000.00
b) Keilatan kekal akibat kemalangan = RM 19,000.00
c) Perbelanjaan perubatan (maksimum) = RM 500.00
d) Elaun Harian Hospital = RM 20.00 sehari (maksimum 30 hari)
e) Khairat Kematian (akibat kemalangan) = RM 1000.00


Kempen Balik Kampung - Rumah Selamat
PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH DAN CURI KENDERAAN
PECAH RUM AH /PREMIS PERNIAGAAN

Bijak Bertindak, Harta Selamat
BAGAIMANA JENAYAH PECAH RUMAH DILAKUKAN?

1.Mengumpil mangga pintu/grill dengan pemutar skru atau objek - objek tajam.

2.Mengeluarkan cermin tingkap dengan ‘jack’ atau besi.

3.Memotong mangga pintu dengan alat p emotong/gergaji besi.

4.Mengalih genting bumbung/memecahkan siling rumah.

5.Memasuki melalui pintu/tingkap yang terbuka/tidak berkunci atau memancing/mengait melalui tingkap terbuka atau terdedah.

6.Menggunakan kunci pendua.

7. Menggunakan tong gas untuk me mecahkan pintu grill/pintu-pintu/tingkap.

LANGKAH PENCEGAHAN
1. Memasang alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang intai, rantai pintu serta menggunakan mangga dan selak keselamatan.

2. Sentiasa memasang/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah untuk memberi gambaran ada orang di dalam rumah anda.

3. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.

4. Minta bantuan dari jiran - jiran untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah.

5. Pastikan pintu, tingkap dan pint u pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.

6. Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.

7. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/premis perniagaan.

8. Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.

9. Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter electric di luar rumah anda.

10. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam p eti simpanan keselamatan.

11. Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.

12. Laporkan ke Balai Polis berdekatan sebelum pergi bercuti atau meninggalkan rumah untuk tempoh lebih dari satu hari.


HOW HOUSE/BUSINESS PREMI SE BREAK- I NS OCCU R
1. By picking the padlocks/grills using a screwdriver or any sharp objects.

2. By opening the window grills/removing window - glass using a ‘jack’.

3. By sawing/cutting the padlock using a cutter.

4. By entering from the roof - top (after removing roo f tiles) /
entering through the ceiling after breaking it.

5. By entering through doors/windows left open/unlocked
or prising open windows/doors.

6. By using duplicate/master keys .
7. By using gas tanks to break grills/doors/windows.

HOW TO PREVENT BREAK- I N S

1. Have your main door fitted with a peephole and observe other precautions such as using padlocks and having your doors lock - chained.

2. Leave the lights on in your house when you are out so as to give the impression that there is someone at home.

3. Do not leave no tes stating that there is no one at home or instructions to newspaper/bread vendors or caterers.

4. Ask your neighbours to keep an eye on your house while you are away.

5. If you are going out or before going to bed, ensure that all doors and windows are locke d.
6. Rear guard dogs.

7. Equip your house/business premises with a security system.

8. Ensure that your garden is kept tidy with short cut grass and
trimmed trees/shrubs so that it is not used as a hideout by burglars.

9. Do not hide keys under doormats, in a flower pot or on top of the
electric meter box outside the house.

10. Keep large sums of cash in banks and jewellery in safe deposit boxes.

11. Change all locks when your housekeys are lost or stolen.

12. Inform the nearest police station if you are going on holiday/
outst ation for long periods in excess of 24 hours.


Program dan Aktiviti Tahun 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Tarikh : Hari Jumaat, 26 Februari 2010
Masa : 0700 pagi
Tempat : Berkumpul di Padang Bola Tampar Blok 26

*semua penduduk Blok 26 dijemput hadir
Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Pada 26hb Februari 2010, Kawasan Rukun Tetangga Blok 26 Green Valley Park Bandar Tasik Puteri Rawang, telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul untuk memperinganti Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.





Majlis ini telah diadakan di kawasan Gerai Blok 26. Sambutan bermula pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi.

Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Blok 26 Green Valley Park dan Ahli Jawatankuasa KRT Blok 26 Green Valley Park sedang menyiapkan bungkusan makanan untuk diberikan kepada penduduk yang hadir.





Aturcara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis En. Mohamad Nooh Bin Maskon dan selepas itu bacaan doa oleh Ustaz Rahimi Bin Mohd Hasri.







Perarakan dijadualkan bermula pada pukul 8.30 pagi terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat.


Penduduk yang hadir telah diberi bungkusan makanan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Majlis KRT Blok 26 Green Valley Park, sementara menunggu hujan reda untuk memulakan perarakan.

Juadah yang telah disediakan berupa nasi lemak dan air mineral. Penduduk juga telah diberikan bunga telur selepas selesai perarakan.



Ustaz Rahimi Bin Mohd Hasri yang mengetuai perarakan Sambutan Majlis Maulidur Rasul bersama-sama Penduduk Blok 26 sedang membaca selawat keatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.







Perarakan mengelilingi Blok 26 bermula pada pukul 9.00 pagi yang dihadiri lebih 100 orang penduduk telah berarak walaupun dalam keadaan hujan renyai.

Perarakan ini telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat.


Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga Blok 26 Green Valley Park, merakamkan ribuan terima kasih yang tak terhingga diatas segala kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak bagi menjayakan majlis ini.

Aduan dari Penduduk
1) Jerigi Besi Jalan yang hilang - (No.rujukan 0023/02/10) tindakan MPS Jabatan Kejuteraan
2) Bonggol Jalan - tindakan pemohon KRT Blok 26
3) SRS - lulus
4) Penghuni di Jalan Hijau 1/11 dan 1/12 menghadapi masalah banjir bila hujan turun dengan lebat - tindakan pemohon KRT Blok 26

Aktiviti Tahun 2009

Israk & Mikraj - Jumaat, 17 Julai 2009

Majlis Perasmian KRT Blok 26 dan Mesra Bersama Penduduk Blok 26 - Sabtu, 15 Ogos 2009


Majlis Perasmian Kawasan Rukun Tetangga Blok 26 dan Majlis Mesra Bersama Penduduk Blok 26 telah diadakan pada hari Sabtu, 15 Ogos 2009 di Padang Bola Tampar Blok 26.

Majlis ini dianjurkan oleh KRT Blok 26 Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri Rawang dengan dikelolakan oleh Ahli Jawatankuasa KRT Blok 26 dan Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Blok 26. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam.

Aturcara dan Persembahan

Perasmian diserikan lagi dengan Persembahan oleh Tunas Jiran Muda dari Kumpulan Nashid Raudatul Jannah, Nashid Al-Jawaheer, Dikir Indang, Keybord oleh adik Aida Bt Hazman, Boria, Tarian India, Inggeris Musikal dan Nashid Ar-Ruhul Jadid.















Penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah oleh Pn. Rahayu Binti Abdul Wahab Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Gombak serta Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada Mentor Persembahan Tunas Jiran Muda oleh En. Taharuddin Bin Said Pengerusi KRT Blok 26.

Tujuan Majlis Perasmian
Mendapat pengiktirafan dan memaklumkan kepada penduduk setempat bahawa Blok 26 telah mendapat kelulusan sebagai Kawasan Rukun Tetangga. Disamping itu juga, penduduk dapat mengenali Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga yang telah dilantik dengan lebih dekat lagi dan bertujuan mengeratkan lagi silatulrahim diantara Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dengan penduduk.



Penyampaian Surat Perlantikan dan Kad Kenal Diri kepada wakil AJK oleh En. Magedran A/L Muniandy Pegawai Perpaduan Daerah Gombak.





Aktiviti Moreh dalam bulan Ramadan - 29 Ogos, 5 Sept & 12 Sept 2009


Aktiviti bermula pada pukul 09.00 pagi dengan menyiapkan bahan-bahan masakan bubuh.
Pada waktu petangnya pula, penghantaran bubuh dari rumah ke rumah untuk penduduk blok 26 oleh Jawatankuasa Jiran Wanita dan Ahli Jawatankuasa RT sebelum masuk waktu berbuka puasa.






Bakar Lemang - Ahad, 20 September 2009


Majlis Sambutan Hari Raya dan Deepavali - Sabtu, 24 Oktober 2009

Majlis ini telah diadakan pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009 di Padang Bola Tampar Blok 26 dengan dikelolakan oleh Ahli Jawatankuasa KRT Blok 26 dan Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Blok 26. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada 10.30 malam.

Ucapan En. Taharuddin Bin Said Pengerusi KRT Blok 26 di dalam majlis



Majlis bertujuan mengeratkan lagi perpaduan diantara kaum, menjalinkan semangat muhibbah, memperkukuh perpaduan melalui majlis yang diadakan dan mengekalkan perpaduan iaitu matlamat satu bangsa, satu negara (1 Malaysia)












Yasin dan Tajwid - Sabtu, 31 Oktober 2009

Pengurusan Jenazah - Selasa, 17 November 2009

Masakan Perdana - Rabu, 16 Disember 2009

Sambutan Awal Muharram - Sabtu, 19 Disember 2009








Jawatankuasa Jiran Wanita

Ketua Pn. Fatimah Bt Md. Yatim
Timbalan Ketua Pn. Maszelin Bt Baba
Setiausaha Pn. Mastura Bt Latif
Penolong Setiausaha Pn. Mazni Bt Johari
Lrg 1/2 Pn. Siti Rohayu Bt Mohd Saad
Lrg 1/3 Pn. Mazlina Bt Amiruddin
Lrg 1/4 Pn. Wan Rohani Bt Wan Ismail
Lrg 1/4 Pn. Azizah Bt Hassan
Lrg 1/6 Pn. Mahani Bt Rahmat
Lrg 1/6 Pn. Jalwati Nadirah Bt Abu Bakar
Lrg 1/6 Pn. Shanti A/P Marimuthu
Lrg 1/7 Pn. Maimunah Bt Suliman
Lrg 1/8 Pn. Sarinah Bt Abdul
Lrg 1/8 Pn. Hanani Bt Mohammad
Lrg 1/9 Pn. Geetha
Lrg 1/10 Pn. Faridah Bt Ismail
Lrg 1/10 Pn. Norfishah Bt Mohd. Noor
Lrg 1/11 Pn. Norliza Bt Idris
Lrg 1/11 Pn. Siti Umaiyah Bt Omar
Lrg 1/12 Pn. Jamaiah Bt Hassan

Statistik Blok 26 Green Valley Park. BTP

Peta Kawasan Rukun Tetangga Blok 26

Maklumat Penduduk - Tahun 2007

Bangsa (%)

Melayu - 95.6
Cina - 0.2
India - 3.6
Lain-lain - 0.6






Sosial Ekonomi (%)

Kakitangan Kerajaan - 21.4
Sektor Swasta - 44.8
Berniaga - 2.0
Bekerja Sendiri - 8.7
Pesara - 2.6
Lain-lain - 20.5