Objektif utama pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela (SRS)
adalah seperti berikut :
Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial;
Membantu menguatkuasakan undang-undang;
Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda;
Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat; dan
Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.
SRS
S: Apakah itu Skim Rondaan Sukarela (SRS)?
J: Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah suatu rancangan / skim yang dikendalikan oleh pemastautin sukarela yang mendiami Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga demi menjaga keselamatan kawasan kejiranan mereka melalui aktiviti kawalan dan rondaan.
S: Apakah syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS)?
J: Syarat-syarat untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah seperti berikut :
a) Terdapat permintaan oleh sekurang-kurangnya 20 orang penduduk yang tinggal di dalam Kawasan Rukun Tetangga.
b) Berumur 18 tahun ke atas.
c) Warganegara Malaysia. Bukan warganegara boleh terlibat di dalam Skim Rondaan Sukarela (SRS) dengan syarat hendaklah memiliki dokumen perjalanan yang sah.
S: Bagaimana saya ingin menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan tempat tinggal saya?
J: Skim Rondaan Sukarela (SRS) boleh dipohon oleh sekurang-kurangnya 20 orang pemastautin sukarela berumur 18 tahun ke atas dan mendiami di dalam Kawasan Rukun Tetangga dengan melengkapkan Bahagian A Borang Enam yang boleh diperolehi daripada Pejabat Perpaduan Daerah / Bahagian di seluruh negara.Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga untuk ditandatangani dan Pengerusi Jawatankuasa Rukun Tetangga seterusnya akan menghantar permohonan kepada Pegawai Perpaduan Daerah / Bahagian untuk semakan sebelum dimajukan kepada Pengarah Perpaduan Negeri untuk sokongan dan akhirnya kelulusan oleh Ketua Pengarah Rukun Tetangga.
S: Berapakah tempoh masa yang diambil untuk sesebuah Skim Rondaan Sukarela (SRS) diluluskan?
J: Jika semua maklumat yang dikemukakan adalah benar, betul dan tepat, maka, kelulusan boleh diperolehi dalam tempoh masa seminggu dari tarikh permohonan sampai di ibu pejabat.
S: Bagaimana cara untuk mengendalikan aktiviti rondaan?
J: Anggota-anggota peronda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pengendalian Skim Rondaan Sukarela kaedah dan prosedur untuk melakukan aktiviti rondaan.
S: Adakah pihak-pihak yang meronda di bawah Skim Rondaan Sukarela (SRS) layak diberi cuti rehat setelah selesai menjalankan tugas rondaan?
J: Anggota perkhidmatan awam yang menjalankan tugas rondaan mulai jam 12.00 malam untuk tempoh sekurang-kurangnya empat (4) jam berturut-turut layak dipertimbangkan pemberian pelepasan bekerja oleh Ketua Jabatan masing-masing. Tempoh pelepasan bekerja adalah bersamaan 4 jam sahaja dan selepas tempoh tersebut, anggota perkhidmatan awam dikehendaki melapor diri bertugas di pejabat masing-masing. Kemudahan pelepasan bekerja belum lagi dipanjangkan kepada sektor swasta dan oleh yang demikian, anggota peronda boleh memohon budi-bicara majikan masing-masing untuk mendapatkan pelepasan bekerja.
S: Adakah peralatan rondaan disediakan kepada peronda-peronda semasa menjalankan tugas rondaan?
J: Peronda-peronda yang bertugas menjalankan tugas rondaan akan dibekalkan dengan baju vest, topi, lampu picit, wisel, baton light, peti pertolongan cemas, rotan dan baju hujan. Peralatan di atas hendaklah disimpan oleh Jawatankuasa Skim.
S: Apakah kuasa yang ada kepada peronda-peronda semasa mereka menjalankan tugas rondaan?
J: Menurut Peraturan 27I [peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga)1975(Pindaan)1988] menjelaskan bahawa anggota peronda semasa menjalankan tugas rondaan di dalam kawasan yang dibenarkan meronda disifatkan sebagai pegawai polis berpangkat konstabel dengan syarat semasa menjalankan tugas rondaan tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah, Jawatankuasa Skim dan Ahli Jawatankuasa Skim.
S: Adakah anggota peronda diberi kuasa melakukan tangkapan?
J: Peronda yang menjalankan tugas rondaan dibenarkan melakukan tangkapan (citizen arrest) sebagaimana termaktub di bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah iaitu menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh dijamin, yang berlaku pada pandangannya (depan mata) dan menyerahkan orang yang ditangkap kepada pegawai polis yang hampir sekali atau menghantar orang yang ditangkap ke balai polis yang berhampiran sekali.
S: Apakah bentuk perlindungan yang diberi kepada anggota-anggota peronda jika berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan atau kecederaan?
J: Semua anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beri perlindungan insuran kemalangan diri berkelompok 24 jam dengan faedah-faedah berikut :
a) Kematian akibat kemalangan = RM 19,000.00
b) Keilatan kekal akibat kemalangan = RM 19,000.00
c) Perbelanjaan perubatan (maksimum) = RM 500.00
d) Elaun Harian Hospital = RM 20.00 sehari (maksimum 30 hari)
e) Khairat Kematian (akibat kemalangan) = RM 1000.00
Kempen Balik Kampung - Rumah Selamat
PENCEGAHAN JENAYAH PECAH RUMAH DAN CURI KENDERAAN
PECAH RUM AH /PREMIS PERNIAGAAN
Bijak Bertindak, Harta Selamat
BAGAIMANA JENAYAH PECAH RUMAH DILAKUKAN?
1.Mengumpil mangga pintu/grill dengan pemutar skru atau objek - objek tajam.
2.Mengeluarkan cermin tingkap dengan ‘jack’ atau besi.
3.Memotong mangga pintu dengan alat p emotong/gergaji besi.
4.Mengalih genting bumbung/memecahkan siling rumah.
5.Memasuki melalui pintu/tingkap yang terbuka/tidak berkunci atau memancing/mengait melalui tingkap terbuka atau terdedah.
6.Menggunakan kunci pendua.
7. Menggunakan tong gas untuk me mecahkan pintu grill/pintu-pintu/tingkap.
LANGKAH PENCEGAHAN
1. Memasang alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang intai, rantai pintu serta menggunakan mangga dan selak keselamatan.
2. Sentiasa memasang/nyalakan lampu bila anda keluar dari rumah untuk memberi gambaran ada orang di dalam rumah anda.
3. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
4. Minta bantuan dari jiran - jiran untuk mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah.
5. Pastikan pintu, tingkap dan pint u pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
6. Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
7. Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/premis perniagaan.
8. Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
9. Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter electric di luar rumah anda.
10. Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam p eti simpanan keselamatan.
11. Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
12. Laporkan ke Balai Polis berdekatan sebelum pergi bercuti atau meninggalkan rumah untuk tempoh lebih dari satu hari.
HOW HOUSE/BUSINESS PREMI SE BREAK- I NS OCCU R
1. By picking the padlocks/grills using a screwdriver or any sharp objects.
2. By opening the window grills/removing window - glass using a ‘jack’.
3. By sawing/cutting the padlock using a cutter.
4. By entering from the roof - top (after removing roo f tiles) /
entering through the ceiling after breaking it.
5. By entering through doors/windows left open/unlocked
or prising open windows/doors.
6. By using duplicate/master keys .
7. By using gas tanks to break grills/doors/windows.
HOW TO PREVENT BREAK- I N S
1. Have your main door fitted with a peephole and observe other precautions such as using padlocks and having your doors lock - chained.
2. Leave the lights on in your house when you are out so as to give the impression that there is someone at home.
3. Do not leave no tes stating that there is no one at home or instructions to newspaper/bread vendors or caterers.
4. Ask your neighbours to keep an eye on your house while you are away.
5. If you are going out or before going to bed, ensure that all doors and windows are locke d.
6. Rear guard dogs.
7. Equip your house/business premises with a security system.
8. Ensure that your garden is kept tidy with short cut grass and
trimmed trees/shrubs so that it is not used as a hideout by burglars.
9. Do not hide keys under doormats, in a flower pot or on top of the
electric meter box outside the house.
10. Keep large sums of cash in banks and jewellery in safe deposit boxes.
11. Change all locks when your housekeys are lost or stolen.
12. Inform the nearest police station if you are going on holiday/
outst ation for long periods in excess of 24 hours.